Sunday, 10 June 2012

Yang lebih menakjubkan Sophie Paris itu sendiri dicipta dan dipasarkan oleh Bruno di Indonesia dan menjadi produk fesyen yang pertama dipasarkan melalui sistem jualan langsung atau Multi-Level Marketing (MLM) sejak 1997.

Sophie Paris Indonesia kini memiliki dua juta ahli dari Acheh sehingga ke Papua di wilayah yang paling hujung Indonesia. Jualan produk Sophie Paris di Indonesia pernah mencecah AS$1 juta sehari dan jangka hayat rak produknya hanyalah 45 hari sahaja. Pada setiap 45 hari, Sophie Paris akan menerbitkan katalog baru dengan mencetak 300,000 naskhah buku katalog untuk lebih 400 stokisnya di seluruh Indonesia.

Pakaian dan beg tangan Sophie iaitu dua produk paling popular di Indonesia juga berubah setiap 45 hari. Ini dengan sendirinya mencetuskan keterujaan para peminat untuk menanti terbitnya katalog baru setiap 45 hari.Kini Sophie Paris akan menerokai pasaran Malaysia dengan membuka outletnya yang pertama Januari depan.

Pengarah Urusan Sophie Paris Malaysia, Geoffrey Bagot(sebelah kiri pada gambar dibawah) ketika ditemui berkata, mereka membuat keputusan untuk menerokai pasaran Malaysia selepas menimba pengalaman di Indonesia, kemudiannya Filipina sembilan tahun yang lalu dan di Vietnam pada tahun lalu.

Di semua negara tersebut, Sophie Paris telah membuat impak sebagai syarikat MLM yang berjaya dan menempa nama setaraf dan setanding dengan produk-produk fesyen yang lain. Malah ia mempunyai pengikut setia yang sanggup bermati-matian untuk menjual jenama ini kepada pelanggan-pelanggan setia.

“Di Vietnam sahaja, 3,500 tetamu hadir pada majlis pembukaan Sophie Paris dan setelah membuat tinjauan pasaran, kami dapati, saiz perniagaan MLM di Malaysia adalah sebesar India, Vietnam dan Kemboja disatukan,” kata Geoffrey yang berpengalaman lima tahun bersama Sophie membuka cawangan di Vietnam dan bersama-sama membantu membina rangkaian MLM Sophie di sana.

Kini beliau telah diamanahkan untuk membina rangkaian MLM Sophie Paris di Malaysia dan Geoffrey berazam untuk tidak menghampakan bosnya Bruno. Beliau sudah pun berada di Malaysia untuk menyelia majlis pembukaan di Petaling Jaya bulan depan.

Fans